Pembangunan koperasi Menteri_Pembangunan_Usahawan_dan_Koperasi_Malaysia

Menyedari potensi sektor koperasi sebagai pemangkin selaras dengan sektor awam dan swasta dalam menjana ekonomi negara, beberapa strategi telah dilaksanakan ke arah memperkemaskan pengurusan koperasi yang lebih cekap dan berkesan serta mempelbagaikan aktiviti dalam bidang keusahawanan seperti berikut:

Memperkasa koperasi

  • Memperkasakan sektor koperasi melalui penggemblengan aset, modal saham serta jaringan anggota supaya terlibat dalam aktiviti-aktiviti komersil dan perindustrian yang menjana pertumbuhan ekonomi;
  • Mengenalpasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan pengurusan dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan kewangan koperasi; dan
  • Memperkemaskan urusan pendaftaran dan pembatalan koperasi serta mutu pengawalseliaan tadbir urus dan aktiviti koperasi.

Mempertingkat peranan MKM dan Bank Rakyat dalam pembangunan usahawan

  • Mengadakan kursus-kursus kemahiran dan pengurusan koperasi termasuk kursus bertaraf diploma dalam bidang koperasi;
  • Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat bertujuan penambahbaikan pentadbiran serta pengurusan koperasi;
  • Menyedia dan menyebarkan maklumat melalui media cetak dan elektronik mengenai koperasi; dan
  • Menyediakan khidmat perbankan, pembiayaan dan pelaburan khususnya kepada koperasi.

Mempelbagai aktiviti koperasi

  • Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk koperasi menjalankan aktiviti komersil ke arah meningkatkan pendapatan koperasi dan anggota serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara;
  • Mengenalpasti dan menggalakkan penglibatan koperasi dalam kegiatan perniagaan serta keusahawanan seperti francais, vendor, rangkaian pemasaran dan pembangunan hartanah; dan
  • Memantapkan kerjasama dan rangkaian di antara koperasi-koperasi dan badan-badan lain untuk mewujudkan gerakan koperasi yang lebih berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing.